1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayattunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis
Contoh : a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ; bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut :
a) kata nama majmuk
b) kata bilangan majmuk
c) kata adjektif majmuk
d) kata kerja majmuk
e) kata sendi majmuk
f) kata keterangan majmuk
g) kata hubung majmuk
12. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa,daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohya : angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja majmuk ada juada yang terikat. Contohnya : mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18. Kata keterangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19. Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut :
a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :
| air mata (kata nama) |
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) | lemah lembut (kata adjektif) |
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) | mogok duduk (kata kerja) |
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) | daripada (kata sendi) |
b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya :
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) | apabila (kata nama) |
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) | alim utama (kata nama) |
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) | gulung tikar (kata kerja) |
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) | tumbuk rusuk (kata nama) |
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) | cerdik pandai (kata nama) |
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) | lalu lintas (kata nama) |
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) | banyak mulut (kata adjektif) |
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) | lambat laun (kata keterangan) |
Maknanya
21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut :
a) kata majmuk wajar;
b) kata majmuk kiasan;
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasann pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan keranan maknanya tidak kenamengena denagn buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment