Thursday 8 December 2011

Ayat tunggal dan ayat tanya

Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
              Subjek = Lelaki gemuk itu
              Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayattunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis
Contoh : a) Razak mengambil sebuah buku cerita. (Ayat Tunggal)
              b) Razak membaca buku itu. (Ayat Tunggal)
              c) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. (Ayat Majmuk)

PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4. Misalnya, wang dan saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan.
5. Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi.
6. Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7. Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang.
8. Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya.
9. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10. Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, kata majmuk ; bahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut :
    a) kata nama majmuk
    b) kata bilangan majmuk
    c) kata adjektif majmuk
    d) kata kerja majmuk
    e) kata sendi majmuk
    f) kata keterangan majmuk
    g) kata hubung majmuk
12. Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata, buah mulut, cita rasa,daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh.
14. Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15. Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohya : angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16. Kata kerja majmuk ada juada yang terikat. Contohnya : mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus.
17. Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari.
18. Kata keterangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19. Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut :
a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya :


air (kata nama) + mata (kata nama)
air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif)lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja)mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi)daripada (kata sendi)

b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya :

apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya)apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama)alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama)gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama)tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif)cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja)lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama)banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif)lambat laun (kata keterangan)



Maknanya
21. Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut :
    a) kata majmuk wajar;
    b) kata majmuk kiasan;
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasann pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya. Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan keranan maknanya tidak kenamengena denagn buah ataupun hati. Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.


adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal

gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak

kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air

25. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.



akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa

darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air

hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk


Latihan

1. Sultan Mahmud sedang bersantap.                        suka makan ikan dengan kuah Asam.
    A. Baginda
    B. Mereka
    C. Dia
    D. Beliau

2. Buku cerita yang baru diterbitkan itu sesuai                        kanak-kanak berusia tujuh tahun.
    A. daripada
    B. kepada
    C. untuk
    D. dari

3. Air Sungai Pahang menjadi                   selepas hujan lebat pada petang semalam
    A. gelap
    B. keruh
    C. jernih
    D. kabur

4.                    penduduk kampung diarahkan berpindah ke kawasan perumahan yang baru dibina.
    A. Setiap
    B. Segala
    C. Semua
    D. Setengah

5. Ai Ling memakai                        semasa mengikuti kelas ruang.
    A. baju sukan
    B. baju renang
    C. baju kemeja
    D. baju hujan

6. Siew Ling makan buah tembikai                      makan nasi.
    A. lalu
    B. sambil
    C. selepas
    D. sementara

7. Keterangan saksi kes rompakan itu                     dan mengelirukan hakim.
    A. bersusun-susun
    B. berduyun-duyun
    C. berbelit-belit
    D. bertolak-tolak

8. "                 , ambil tuala ini dan pergi mandi sekarang juga !" kata Puan Eng kepada anaknya.
    A. Nah
    B. Cih
    C. Eh
    D. Amboi

9. Di                    hutan itu terdapat dusun durian kepunyaan Pak Cik Zul.
    A. atas
    B. celah
    C. dalam
    D. pinggir

10. Aktiviti                       di tempat terbuka menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
    A. pembakaran
    B. kebakaran
    C. dibakar
    D. terbakar

Kata Nama

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata Bilangan

1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu NAMA AM dan NAMA KHAS


Nama Am


2. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda, dan sebagainya.
Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

-Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
-binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
-tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
-benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
-tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll


3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang :
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata name terbitan.


5.Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan :
buai - buaian
tua - ketua
raja - kerajaan
tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh :

Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

 


Kata Nama Khas
1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
a) benda ; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
b) orang ; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long, dll
c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil, dll
d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur, dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas



Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana
Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi




Kata Nama Terbitan
Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
     di awal kata (awalan)
     di akhir kata (akhiran)
     di awal dan di akhir kata (apitan)
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :


di awal kata

pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-

di akhir kata

-ita, -man, -wati, -an, dan -wan

di awal dan di akhir kata

per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :-


kelas kata
kata dasar
kata terbitan
kata kerja
peraga
latih
bawa
lawan
peragawati
latihan
pembawaan
perlawanan
kata sendi
oleh
untuk
perolehan
peruntukan
kata nama
lombong
rumah
guru
perlonbongan
perumahan
perguruan
kata adjektif
cantik
besar
tinggi
kecantikan
pembesar
ketinggian

Latihan

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai .

1. Suri memetik sekuntum                   di halaman rumahnya.

2. Mereka bermain bola sepak di                              .

3. Cikgu Suzi menghadiahi Min Er sebuah                              .

4. Muthu menemui seekor                           yang cedera di tepi longkang.

5. Datuk menjala ikan di                       yang berhampiran rumahnya.

buku , anjing , bunga , padang , sungai

Latihan Tahun 4 Simpulan Bahasa

1. Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi                     orang-orang kampung.
    A. buah mulut
    B. buah hati
    C. buah tangan
    D. buah fikiran

2. Peperangan yang tiada kesudanhannya itu menyebabkan banyak orang yang                    .
    A. mati kutu
    B. mati lemas
    C. mati katak
    D. mati syahid

3. Pak Mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada                    nya sendiri.
    A. air muka
    B. darah danging
    C. gaji buta
    D. titik peluh

4. Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu                        .
    A. gelap mata
    B. mulut tempayan
    C. kepala angin
    D. cepat tangan

5. Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu                            .
    A. beralih akal
    B. mencuci mata
    C. mencari jalan
    D. beralih angin

6.                            betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan baru bermula.
    A. Salah langkah
    B. Langkah kanan
    C. Langkah seribu
    D. Langkah kiri

7. Zainal                          kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
    A. besar kepala
    B. besar hati
    C. bekas tangan
    D. beri muka

8. Anita mempunyai                          di pipi kanannya.
    A. cahaya mata
    B. banyak mulut
    C. hidung tinggi
    D. tahi lalat

9. Hadi berasa                      kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
    A. tawar hati
    B. sampai hati
    C. iri hati
    D. buta hati

10. Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai                      sebelum ke sekolah.
    A. ikat perut
    B. makan besar
    C. alas perut
    D. makan angin

11. Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia                   .
    A. muka tembok
    B. ringan tulang
    C. berat tulang
    D. kera sumbang

12. Riduan adalah                    nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal mereka.
    A. buah hati
    B. ayam tambatan
    C. anak angkat
    D. kaki bangku

13. Devan bersikap                     kerana keluarganya kaya dan terkenal .
    A. berat mulut
    B. batu api
    C. hidung tinggi
    D. berat sebelah

14. Pegawai yang                   itu telah ditangkap .
    A. kacang hantu
    B. kaki botol
    C. makan suap
    D. berat sebelah

15. Kumar hanya ber                  kerana kasutnya kecurian .
    A. otak cair
    B. putih mata
    C. kaki ayam
    D. murah hati

16. Kakak memakai cermin mata kerana dia                           .
    A. telinga lintah
    B. rabun ayam
    C. puteri lilin
    D. rambang mata

17. Tulisan Dora yang                      itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
    A. nyawa-nyawa ikan
    B. lintah darat
    C. buruk siku
    D. cakar ayam

18. Dia memang                      kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa kali.
    A. otak mereng
    B. otank udang
    C. otak cair
    D. otak kecil

19.                      antaran Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh Cikgu Farah.
    A. Naik angin
    B. Pasang telinga
    C. Perang mulut
    D. Mulut murai

20. Ayah                  dulu sementara menanti hari siang.
    A. telinga nipis
    B. terang hati
    C. tidur-tidur ayam
    D. titik peluh

Wednesday 7 December 2011

Latihan Tahun 2 Kata Tanya

1.                         kah harga beg sekolah itu ?
    A. Berapa
    B. Apa
    C. Siapa
   
2. Di                       kah ayah meletakkan keretanya ?
    A. bila
    B. mana
    C. apa

3.                            kah Perdana Menteri Malaysia ?
    A. Siapa
    B. Apa
    C. Mengapa

4.                             kah nama arnab kesayangan kamu ?
    A. Apa
    B. Mengapa
    C. Mana

5.                       kah keadaan nenek kamu ?
    A. Berapa
    B. Bagaimana
    C. Bila

6.                         hadiah yang kamu janjikan ?
    A. Bagaimanakah
    B. Bilakah
    C. Manakah

7.                            lamakah mereka akan bercuti ke Pulau Sentosa ?
    A. Bagaimana
    B. Berapa
    C. Siapa

8.                        kah kita dilarang bercakap bohong ?
    A. Siapa
    B. Bila
    C. Mengapa

9.                          surat itu tidak sampai ke alamatnya ?
    A. Berapakah
    B. Siapakah
    C. Mengapakah

10. " Ke                      kah awak hendak pergi ?" tanya Ramu kepada Tajul.
    A. apa
    B. mana
    C. bagaimana

11.                       kah nama penyanyi kanak-kanak itu ?
    A. Berapa
    B. Bila
    C. Siapa

12.                       kah yang dilakukan oleh Leong di tepi jalan itu ?
    A. Apa
    B. Berapa
    C. Mengapa

13. "                      kah harga sepasang kasut ini ?" tanya Hakim.
    A. Mana
    B. Bila
    C. Berapa

14.                        kah Encik Hamid menjemput Rahim ke rumahnya ?
    A. Bagaimana
    B. Bila
    C. Berapa

15.                     kah nama bangunan baru itu ?
    A. Siapa
    B. Mana
    C. Apa

16. "                   kamu ketawa terbahak-bahak ?" tanya Rahil kepada Chong.
    A. Siapakah
    B. Mengapakah
    C. Berapakah

17.                      keretapi dari Kuala Lumpur akan tiba ?
    A. Apakah
    B. Bilakah
    C. Mengapakah

18.                     ketua kelas Tahun 3 Jupiter?
    A. Bilakah
    B. Siapakah
    C. Berapakah

19.                     umur cikgu Ramli ?
    A. Bilakah
    B. Apakah
    C. Berapakah

20.                       kita mesti membaca buku ?
    A. Berapakah
    B. Apakah
    C. Mengapakah

Thursday 1 December 2011

Latihan Tahun 4 Penjodoh Bilangan

1. Ramli membeli                           jala sebagai hadiah kepada ayahnya.
    A. sepasang
    B. serawan
    C. sebentuk
    D. sekawan

2. Pada lengan baju Adura terdapat dua                   cat merah.
    A. ruas
    B. tompok
    C. bentuk
    D. untai

3. Mak Minah membeli dua                 alas meja palstik.
    A. kajang
    B. ruas
    C. lembar
    D. bidang

4. Pasukan keselamatan menemui empat                senapang de dalam gua di kaki bukit itu.
    A. das
    B. bentuk
    C. laras
    D. puntung

5. Khairul asyik melihat se              semut itu berjalan meniti ranting pokok itu.
    A. butir
    B. kawan
    C. kelompok
    D. deret

6. Najib membuat tabung daripada dua                 buluh.
    A. ruas
    B. gelung
    C. tongkol
    D. deret

7. Pak Ali menjual se             nasi lemak dengan harga RM1.20.
    A. lapis
    B. bungkus
    C. naskah
    D. gulung

8. Siti mengambil se             benang hitam untuk menjahit butang bajunya.
    A. rawan
    B. laras
    C. lembar
    D. ruas

9. Ah Meng membeli sepuluh                telur puyuh untuk emaknya.
    A. buku
    B. blok
    C. bentuk
    D. butir

10. Se           gajah liar telah merosakkan ladang kelapa sawit di kampung itu.
    A. kawan
    B. deret
    C. kelompok
    D. kandang

11. Aktiviti satu              penyeludup di sempadan Malaysia dengan Thailand ditumpaskan oleh polis
    A. rawan
    B. kawan
    C. kelompok
    D. gerombolan

12. Harga se             sayur kankung di kedai itu ialah RM1.00.
    A. gugus
    B. cekak
    C. gemal
    D. cebis

13. Dua                    pokok kelapa tumbang dekat rumah Jais dalam ribut malam tadi.
    A. pohon
    B. lembar
    C. blok
    D. tongkol

14. Minggu lalu kampung saya dilawati oleh dua                pelancong dari Jepun.
    A. kawan
    B. pasukan
    C. kelompok
    D. kumpulan

15. Pak Nik turun ke laut dengan membawa dua              pukat.
    A. rawan
    B. untai
    C. kawan
    D. lembar

16. Kebakaran di bandar itu dipadamkan oleh se               ahli bomba.
    A. kawan
    B. pasukan
    C. kelompok
    D. kandang

17. Tiga              rumah kedai musnah dalam kebakaran semalam.
    A. pintu
    B. bentuk
    C. blok
    D. deret

18. Fairuz memberi se           cincin berlian ketika melamar Juita.
    A. buku
    B. butir
    C. bentuk
    D. gelung

19. Puan Chee membubuh lima               cendawan ke dalam sup itu.
    A. rangkai
    B. untai
    C. gemal
    D. gelung

20. Akibat se                  nila rosak susu sebelanga
    A. titis
    B. titik
    C. tompok
    D. kepal